Menurut mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad,
pelancaran Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Langkawi sebelum ini,
menandakan permulaan yang penting dalam perjalanan Malaysia ke arah
memperkukuhkan ekonomi dan berkongsi kemakmuran negara dengan
rakyat.
4 perkara tentang 5G
1. Sambungan yang lebih pantas
2. Menambah baik teknologi (IoT)
3. Kadar latensi yang lebih rendah
Apakah Teknologi 5G?
5G adalah teknologi sambungan
tanpa wayar generasi kelima,
yang menyediakan kelajuan yang
lebih pantas dan teknologi ini
adalah lanjutan daripada generasi
sebelumnya.
Mengabungkan teknologi
rangkaian canggih ini dengan peranti
spesifikasi tinggi pada masa kini,
rangkaian 5G dapat menyediakan
banyak sambungan yang lebih pantas
daripada sambungan semasa, dengan
kelajuan muat turun sekitar 1GBps.
Ini bermakna anda hanya perlu
beberapa saat untuk menyiapkan
muat turun filem kegemaran anda
pada kualiti HD.
Teknologi 5G ini bukan sahaja
memberikan anda pengalaman
menggunakan internet dengan
kelajuan tinggi hingga 100 kali
ganda jika dibandingkan dengan 4G
malah memberikan sambungan yang
lebih berkualiti.
4. Menghubungkan lebih banyak peranti pada
keluasan 1km persegi
Rangkaian 5G juga diharapkn
dapat menambahkan teknologi
Internet of Things (IoT), yang
menawarkan infrastruktur yang
diperlukan untuk menyimpan
sejumlah data yang besar untuk
dunia yang lebih pintar berhubung.
Contohnya, percubaan perkongsian
rangkaian 5G yang berjaya dari
dua syarikat telekomunikasi utama
Malaysia, Celcom dan Maxis.
Kedua-dua telekomunikasi dapat
mencapai kelajuan muat turun
1.1Gbps dengan muat naik lebih dari
120Mbps dengan menggunakan dua
telefon 5G dengan kad SIM individu
dari Celcom dan Maxis.
Rangkaian 5G ini tidak
memerlukan “Long Term Evolution”
LTE sebagai sauh dan membenarkan
latensi yang lebih rendah bersama
kapasiti yang lebih tinggi untuk
menampung lebih banyak peranti.
Melalui teknologi ini, kadar latensi
mampu untuk menjadi sangat
minimum sekitar 1 milisaat. Dengan
itu, kawalan pada peranti jarak jauh
juga dapat menjadi lebih cekap.
Di samping itu, teknologi ini
juga mampu menghubungkan sejuta
peranti pada keluasan satu kilometer
persegi berbanding teknologi LTE
yang hanya mampu menghubungkan
1,000 peranti dalam keluasan yang
sama. Bayangkan apa yang dapat
dilakukan selepas ini dan adakah 5G
akan menjadi penanda aras untuk
evolusi internet yang seterusnya.
Justeru, peningkatan teknologi
ini bukan sahaja menjadikan
penggunaan 5G lebih efektif dari segi
kos tetapi juga dengan penggunaan
spektrum yang lebih efisien.
SASARAN EDISI 82 115