WP 1 2008 bil 1 2008

WADAH PERPUSTAKAAN Bil. 2 September-Oktober 2008 ISSN 1609-4271 SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI Simposium Kebangsaan mengenai Perkembangan Perpustakaan: Perpustakaan mercu tanda Masyarakat Intelektual Simposium Kebangsaan mengenai Perkembangan Perpustakaan: Perpustakaan mercu tanda Masyarakat Intelektual/National Symposium on Library Development. Libraries: The Landmark for Intellectual Society telah diadakan pada 1 -2 Julai 2008 di Central Lecture Theatre, Universiti Brunei Darussalam. Simposium dianjurkan oleh Persatuan Perpustakaan NBD dengan sokongan Universiti Brunei Darussalam. Dr Hj Mataim Bakar, Pengarah Dewan Bahasa da Pustaka Brunei telah menyampaikan Ucaptama berjudul ‘Perpustakaan Negara: Suatu Keperluan’. Ucapan Alu-Aluan oleh Aw Hj Abdullah Hj Tahir, Pengerusi Majlis. 18 buah kertas kerja dalam 8 sub-tema telah disampaikan dalam simposium dua hari itu. Lebih 100 orang peserta terdiri daripada pustakawan, guru-guru, pegawai arkib telah hadir. Statement of Recommendations telah dibentangkan di akhir simposium. To page 3 TERKINI Laman web BLA di : www. bruneilibraryassociation.wordpress.com khas untuk komuniti perpustakaan, maklumat dan profesional