Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 6

EKSKLUSIF PERTANDINGAN PROGRAM ROAD TO MILAN 2013 KKAP JUARA Objektif program ini bagi memberi peluang kepada pelajar Kolej Komuniti melibatkan diri dalam dunia fesyen sebenar di Malaysia Oleh: Zarifah binti Mohd Khari Pusat Keusahawanan Kolej Komuniti (PUSKOM) Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang program bagi pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar Kolej Komuniti. Salah satu antaranya adalah Road to Milan. Pertandingan Road to Milan ini melibatkan dua orang pelajar dari Unit Fesyen dan Pakaian (UFP). Beberapa tugasan perlu dilakukan oleh pelajar merangkumi cabaran akhir Program Road to Milan mengikut tema dan kursus yang telah diberikan, sesi bersama mentor bidang fesyen dan pakaian program Road to Milan 2013, bengkel persiapan akhir peserta program Road to Milan bersama PUSKOM, penilaian akhir hasil kerja kumpulan bersama juri antarabangsa dan malam gala Road to Milan serta Program Fiesta Cabaran Keusahawanan Kolej Komuniti (CCeC). 6 Objektif program ini bagi memberi peluang kepada pelajar Kolej Komuniti melibatkan diri dalam dunia fesyen sebenar di Malaysia di samping mempelajari selok-belok bidang keusahawanan bersama-sama mentor yang telah dipilih. Program ini juga dapat melatih pelajar menjadi lebih kreatif, inovatif, serta berfikir sesuatu yang lebih hebat dengan idea yang luar biasa. Semangat dan keyakinan diri serta sifat keberanian dalam setiap pelajar juga dapat dipupuk melalui program sebegini. Selain itu, kerjasama antara pelajar dan pensyarah dapat diterapkan serta dapat mengasah bakat pelajar di samping memberi ruang dan peluang kepada pelajar mengetengahkan daya kreativiti masing-masing. Jadual program Road to Milan bermula pada cabaran akhir peserta pada 4 0ktober hingga 25 Oktober 2013 di Kuala Lumpur. Peserta menyertai cabaran akhir keusahawanan dan sesi bersama semua mentor mengikut kursus masing-masing. Manakala program bersama mentor fesyen Bill Keith telah diadakan pada 12 Oktober 2013 di Butik Bill Keith, Cheras. Pertandingan ini memberi pendedahan yang bermakna untuk pelajar bagi menghasilkan rekaan-rekaan yang menarik di mana ia secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan serta sangat berguna untuk diaplikasikan di masa hadapan.