INFOSTAF
Edisi JULAI - DISEMBER 2013
SUMBANGAN KEPADA
MANGSA BANJIR
DI PAHANG
Kolej Komuniti Arau Prihatin
Oleh: Shameelawati binti Shaari
Fenomena hujan lebat yang berterusan pada
awal Disember 2013 yang lalu menyebabkan
hampir keseluruhan daerah Kuantan, Pahang
dan beberapa daerah lain negeri tersebut
dilanda banjir. Statistik bilangan mangsa yang
dilaporkan dalam akhbar mencapai lebih 20
ribu orang mangsa dengan bilangan lebih
kurang 4400 keluarga terjejas teruk. Sebanyak
69 pusat pemindahan banjir dibuka. Keadaan
ini menggamit pihak Kelab Kakitangan Kolej
Komuniti Arau Perlis (4KAP) tampil menghulur
bantuan kepada mangsa-mangsa banjir
tersebut.
Kutipan derma berbentuk kewangan dan
barangan dibuat untuk memudahkan warga
kolej yang berniat bersedekah untuk mangsamangsa banjir. Satu pusat pengumpulan barang
sumbangan disediakan bagi memudahkan
warga kolej menghantar sumbangan. Antara
barangan yang disumbangkan ialah bantal,
selimut, lampin pakai buang bayi, pakaian dan
pelbagai barang keperluan asas yang lain.
Usaha murni ini dimudahkan dengan bantuan
Jabatan Penyiaran Negeri Perlis (RTM) yang
pada masa yang sama mengadakan program
pengumpulan sumbangan mangsa banjir.
Kutipan di kolej disalurkan kepada mangsa
banjir melalui RTM.
Penyerahan sumbangan yang dikumpul
dilakukan oleh wakil KKAP iaitu Encik Fuahaidi
bin Zulkifli, Ketua Jabatan Pembelajaran
Sepanjang Hayat kepada Pengarah Jabatan
Penyiaran Negeri Perlis iaitu Puan Munah
binti Madar. Sumbangan ini diserahkan dan
dikumpulkan di Dewan Residensi, Kangar.
43