EKSKLUSIF
Edisi JULAI - DISEMBER 2013
KEBAYA PERLIS
TERBESAR
Mencatat rekod di dalam
Oleh: Norfauziah binti Ahmad & Siti Nadiah
binti Ismail
Program ini telah diadakan bagi memartabatkan
busana tradisi negeri Perlis iaitu Kebaya Perlis.
Program ini adalah anjuran Jabatan Pengajian
Kolej Komuniti yang dikelolakan oleh Kolej
Komuniti Arau. Unit Fesyen dan Pakaian
(UFP) telah diberikan tanggungjawab besar
bagi melaksanakan program ini. Pensyarah
dan pelajar dari UFP telah berganding bahu
bagi menyiapkan Busana Kebaya Perlis
Terbesar dan Replika Kebaya Perlis. Selain
itu, pensyarah dari UFP juga perlu menyiapkan
14 busana kreasi baru yang diinspirasikan
daripada Kebaya Perlis.
Program ini telah melibatkan seramai 30
orang pelajar dari UFP yang memerlukan
mereka
melakukan
beberapa
perkara
seperti mendraf pola Kebaya Perlis Terbesar
dengan mengambil ukuran daripada saiz M
kebaya Perlis, menyusun pola pada fabrik,
menggunting fabrik, mencantum fabrik dan
menghasilkan sehelai busana yang bersaiz 8.3
meter. Terdapat sebahagian pelajar yang perlu
menyiapkan Replika Kebaya Perlis.
Antara objektif program ini adalah memberi
peluang kepada pelajar Kolej Komuniti
melibatkan diri dalam aktiviti UFP, memberi
pendedahan
kepada
pelajar
mengenai
program-program Kolej Komuniti Arau,
mewujudkan semangat kerjasama dan bekerja
secara berkumpulan dan memberi peluang
kepada pelajar untuk menghasilkan dan
meningkatkan kemahiran jahitan.
Jadual pelaksanaan program Kebaya Fest
Road to Milan bagi menyiapkan Kebaya
Perlis terbesar dijalankan selama 15 hari
yang bermula pada 21 Oktober 2013 hingga
4 November 2013 manakala pemasangan
busana Kebaya Perlis terbesar ini adalah pada
9 November 2013.
Program Kebaya Fest Road to Milan ini dapat
memberi pendedahan yang baik untuk pelajar
melibatkan diri dalam aktiviti unit sekaligus
melatih pelajar untuk lebih bergiat aktif dalam
aktiviti anjuran kolej. Pendedahan ini juga
penting untuk meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan pelajar untuk diaplikasikan pada
masa hadapan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya
dan mencapai objektifnya. Pelajar telah dapat
menghasilkan sepasang busana Kebaya Perlis
terbesar dan menghasilkan replika kebaya.
3