Edisi JULAI - DISEMBER 2013
KONSEP MENTOR MENTEE
MELAHIRKAN USAHAWAN BERJAYA
– Tempat Keenam Terbaik Dari Keseluruhan
Oleh: Ainun Rafieza binti Ahmad Tajuddin
Keusahawanan bukan sahaja mengejar
keuntungan
semata-mata
malah
ianya
merupakan
satu
tanggungjawab
sosial
yang perlu disuburkan oleh Kolej Komuniti.
Justeru, Cabaran Keusahawanan Sosial 2013
telah diadakan di peringkat kebangsaan
dengan mempertandingkan projek-projek
keusahawanan sosial yang dijalankan di Kolej
Komuniti. Projek keusahawanan Kolej Komuniti
Arau (KKA) dengan tagline @TT Segalanya
Bermula di Sini telah memberi peluang
kepada komuniti setempat untuk menjalankan
perniagaan dengan menggunakan konsep
mentor dan mentee. Program ini telah
menggabungkan tiga konsep utama dalam
membantu masyarakat iaitu faktor ekonomi,
alam sekitar dan mensejahterakan masyarakat.
Dari sebuah tempat yang terbiar ianya telah
dimajukan kepada sebuah kafeteria dan
program ini telah memberi peluang kepada
enam usahawan yang menjalankan perniagaan
yang berkonsepkan kiosk. Program ini
diharapkan dapat meningkatkan pendapatan
komuniti setempat secara amnya dan
khususnya memberi peluang kepada individu
yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam
perniagaan untuk menjalankan perniagaan.
Setiap kiosk diberikan seorang mentor yang
mempunyai kepakaran masing-masing dalam
bidang masakan. Semua mentor adalah terdiri
daripada pensyarah dari Unit Pemprosesan
dan Kawalan Mutu Makanan.
Pertandingan ini memerlukan wakil pelajar
dari setiap kolej untuk membentangkan idea
keusahawanan sosial yang telah dilaksanakan
oleh kolej. KKA diwakili oleh Mohd Safwan
bin Jamil dan Che Azizi bin Che Ani dan hasil
komiten pasukan yang bertanding di Crown
Garden Hotel pada 28 hingga 31 Disember
2013, KKA telah berjaya menempah tempat
ke peringkat akhir. KKA telah mendapat
tempat keenam dari 69 kolej yang bertanding.
Semoga usaha murni ini bukan sekadar sebuah
pertandingan tetapi akan berterusan supaya
KKA menjadi sebuah institusi yang menjadi
pemangkin kepada kemajuan dan agenda
kerajaan khususnya dalam merealisasikan
hasrat dan cita-cita murni kerajaan untuk
melihat lebih ramai usahawan berjaya
dilahirkan.
27