Edisi JANUARI- JUN | 2013
E K S K L U S I F S A N TA PA N D I R A J A
MENJUNJUNG
KASIH TUANKU
“KKAP@
ISTANA”
Pelajar Menimba Pengalaman
Pramusaji Di Majlis Santapan
Malam D i r a j a S e m p e n a
Ulangtahun Keputeraan Ke-70
DYMM Tuanku Raja Perlis
Oleh: Kasmawati binti Abu Kasim
Majlis Santapan Malam Diraja telah berlangsung
pada malam 17 Mei 2013 sempena Sambutan
Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis yang
ke-70. Majlis ini telah berlangsung di Dewan
Bankuasi, Istana Arau dan telah dijayakan oleh
Hotel Eastern & Oriental Penang. Pihak Hotel
Eastern & Oriental telah berkolaborasi dengan
Kolej
Komuniti
dalam
menjayakan
majlis
tersebut. Kolej Komuniti yang terlibat adalah
Kolej Komuniti Arau sebagai penyelaras, Kolej
Komuniti Langkawi, Kolej Komuniti Cawangan
Nibong Tebal dan Kolej Komuniti Chenderoh.
Seramai 124 orang pelajar Kolej Komuniti telah
terlibat dan pelajar-pelajar ini diberi peluang
menjadi waiter/waitress dan culinary assistant
bagi majlis tersebut. Majlis tersebut sebenarnya
dapat memberi ruang kepada Kolej Komuniti
untuk
berkolaborasi
dengan
pihak
Hotel
Eastern & Oriental, menyediakan latihan asas
pramusaji kepada pelajar yang terlibat dan
memberi pendedahan sebenar sebagai waiter/
waitress dan culinary assistant kepada pelajar.
6