Edisi JANUARI- JUN | 2013
EKSKLUSIFFUTSAL
BERAKSI
DI GELANGGANG SENDIRI,
Oleh : Shameelawati binti Shaari
80
PASUKAN
BERENTAP
Program Kolej Komuniti Bersama Komuniti
merupakan satu usaha untuk menggalakkan
komuniti
setempat
mendapatkan
dan
seterusnya memanfaatkan ilmu kemahiran
yang ditawarkan di Kolej Komuniti Arau (KKA).
Kolej Komuniti telah membuka peluang yang
sangat besar untuk tujuan memberi ilmu
kemahiran kepada komuniti setempat. Program
kali ini dirancang untuk menyemarakkan
semangat kesukanan disamping memberi
peluang kepada peminat sukan futsal
mengasah kemahiran masing-masing. KKA
kali ini telah menganjurkan Kejohanan Futsal
Terbuka Kolej Komuniti Arau Peringkat Negeri
Perlis 2013 Sempena Program Kolej Komuniti
Bersama Komuniti pada 23 Februari 2013.
Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin
Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi
DUN Tambun Tulang yang juga merangkap
Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej telah
merasmikan pembukaan kejohanan. Beliau
menyifatkan Kejohanan Futsal Terbuka Kolej
Komuniti Arau ini telah berjaya mencatat rekod
penyertaan Pertandingan Futsal tertinggi dalam
Perlis iaitu sebanyak 80 pasukan.
Kejohanan ini bertujuan mempromosikan Kolej
Komuniti Arau kepada komuniti setempat,
mengeratkan hubungan silaturrahim antara
penasihat dan pelajar KKA dengan pelajar
institusi lain serta komuniti, membentuk
sikap kerjasama dalam satu pasukan dan
meningkatkan tahap kecergasan melalui acara
sukan.
SRC FT Mengungguli
Permainan Kejohanan
Futsal Terbuka Kolej
Komuniti Arau Peringkat
Negeri Perlis 2013
menggalakkan masyarakat ke arah penglibatan
dalam aktiviti kesukanan. Penyertaan pasukan
dari pelbagai latar belakang dalam kejohanan ini
telah memberi kesedaran kepada masyarakat
bahawa sukan futsal adalah salah satu aktiviti
fizikal yang sihat dan mampu menjalinkan
keharmonian bermasyarakat.
Sasaran yang ditetapkan ialah 64 pasukan
dengan 10 orang pemain bagi setiap pasukan.
Penyertaan sebenar pada hari tersebut
menjangkau sehingga 80 pasukan. Pasukan
adalah daripada belia pelbagai kaum, komuniti
setempat dan pasukan-pasukan dari jabatan
kerajaan, agensi dan institusi pengajian tinggi
dalam negeri Perlis.
4
Kolej Komuniti Arau turut menyumbang dalam
usaha merealisasikan hasrat menjadikan
masyarakat Malaysia masyarakat yang sihat.
Dalam mencapai hasrat negara maju, kita
semua percaya bahaya kemajuan itu perlu
seiring dengan tahap pendidikan dan kesihatan
rakyatnya yang tinggi.
Selain mendidik
golongan yang sepatutnya berada di bilik kuliah,
Kolej Komuniti Arau telah berjaya memainkan
peranan yang lebih besar melalui sukan futsal.
Penyertaan belia dan komuniti setempat dalam
kejohanan ini sebagai pemain, pengurus malah
penyokong adalah suatu aktiviti yang dapat
mengisi masa lapang dan berfaedah.
Program ini memberi impak yang sangat besar
kepada Kolej Komuniti Arau, dan kepada semua
ahli pasukan yang bertanding. Penganjuran
kejohanan yang sangat bermanfaat ini telah
memainkan peranan yang besar dalam
Kejohanan ini yang yang dipertandingkan
secara kalah mati telah membangkitkan
semangat semua pasukan untuk berjuang
habis-habisan dalam memastikan kemenangan.
Keputusan perlawanan adalah seperti berikut;
•
Johan dimenangi oleh SRC FT membawa
pulang wang tunai bernilai RM 1,300.00
dan pingat.
•
Naib Johan disandang oleh UiTM (A)
dengan hadiah wang tunai RM 900.00 dan
pingat.
•
Tempat ketiga dimenangi oleh Click FC,
hadiah wang tunai sebanyak RM 700.00
dan pingat.
•
Tempat keempat ialah, Shake Boy FC
memenangi hadiah wang tunai RM 400.00
dan pingat.
•
Empat hadiah saguhati bernilai RM 100.00
setiap satu diberikan kepada ASR FC,
Taman Bunga Padi FC, Ada Aku Kisah FC
dan EDC FC.