Warta KKAP Julai 2013 Jan. 2013 | Page 2

Edisi JANUARI- JUN | 2013 WA R TA K K A P SIDANgREDAKSI PENAUNG Pn. Hjh. Zaidah binti Jaafar Pengarah PENASIHAT I Pn. Nor Azira binti Md. Yusof Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran PENASIHAT II En. Fuahaidi bin Zulkifli Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat T I N T A P E N G A R A H Bismillahirrahmanirrahhim… Alhamdulillah Kolej Komuniti Arau Perlis (KKAP) telah berjaya merentasi separuh tahun 2013. Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Walau seberapa banyak program yang telah kita anjurkan, kita tidak pernah berhenti belajar melalui pengalaman menjayakan program. Semangat dan komitmen yang dibawa bersama telah membantu KKAP terus berjaya mencipta standard kualiti tersendiri dalam penganjuran program. Dalam warta ini, dikongsikan semua program yang telah diadakan dan disertai oleh pelajar dan kakitangan KKAP. 2 Seawal Januari 2013, KKAP terus merencana program Kolej Komuniti Bersama Komuniti melalui 15 Kursus Pendek yang disertai oleh komuniti setempat dan dari seluruh negeri Perlis. Bulan berikutnya pada Februari 2013, KKAP menganjurkan Kejohanan Futsal yang mendapat pujian sebagai Kejohanan Futsal Paling Tinggi Penyertaan dalam Negeri Perlis. Pujian ini dinyatakan oleh YB Dato’ Seri Dr Shahidan bin Kassim dalam ucapan perasmiannya. Kejohanan yang menyasarkan penyertaan golongan belia berbilang kaum disasarkan sebanyak 64 pasukan pada awalnya telah menjadi sebanyak 80 pasukan yang hadir bertanding pada hari tersebut. Program KKAP masih diteruskan pada bulan Mac. Satu Forum Perdana Ehwal Islam diadakan dengan kerjasama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Jabatan Penerangan Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Jabatan Kerja Raya Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan lain-lain agensi telah diadakan. Forum yang dipengerusikan oleh ustaz terkenal di Perlis, iaitu Ustaz Haji Hashim bin Othman Al Hafiz dari Jabatan Agama Islam Perlis telah mendapat sambutan lebih 1500 orang audiens. Tarikan utama iaitu Ustazah Asni binti Haji Mansor menjadikan forum ini begitu sesuai untuk dikunjungi oleh seluruh ahli keluarga. Kepetahan dan perkongsian pengalaman Tuan Dr. Haji Huzili bin Haji Hussin menambah keceriaan program. Selain tiga aktiviti di bawah program Kolej Komuniti Bersama Komuniti, KKAP juga mendapat pelbagai pengiktirafan dan memenangi beberapa pertandingan. Kolej Komuniti Perlis (KKPs) telah menjuarai pusingan kelayakan Zon Utara Liga Bola Sepak IPT, Piala Menteri Pengajian Tinggi 2013. Liga ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk terus menaikkan sukan yang dilabel Sukan Teras Negara ini. Kejohanan ini melibatkan pasukan dari semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk Kolej Komuniti dan Politeknik dari seluruh negara. Liga ini berlangsung dari Mac hingga September 2013. Pasukan KKPs terdiri daripada 25 orang pelajar yang masih belajar di Kolej Komuniti Arau dari pelbagai kursus. KKAP bukan sahaja memenangi acara ini malah banyak lagi pertandingan lain yang disertai sepertimana yang dimuatkan di dalam warta ini. KKAP juga merancang pelbagai aktiviti untuk para pelajar, pensyarah dan kakitangan seperti lawatan sambil belajar, bengkel dan kursus Training of Trainers (ToT) . Pihak kolej juga menggalakkan aktiviti sukan seperti permainan woodball, badminton, futsal dan lain-lain lagi. Ini bagi memastikan tahap kecergasan dan kesihatan warga kolej berada di tahap yang terbaik untuk menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Sebagai menghargai pengorbanan ahli keluarga, kelab kakitangan KKAP telah mengadakan Hari Keluarga “Semakin Hari Semakin Sayang” di samping merapatkan sillaturrahim sesama kakitangan dan ahli keluarga antara satu sama lain. Kesimpulannya, cabaran dari Januari hingga Jun tahun 2013 telah dilalui dengan jayanya hasil usaha dan komitmen semua pihak warga Kolej Komuniti Arau. Terima kasih. KETUA EDITOR En. Surizan bin Romli Pegawai Komunikasi Korporat EDITOR En. Mohd Hafizul Husaini bin Md Hussain Pegawai Multimedia dan Sumber Pn. Shameelawati binti Shaari Pegawai Penerangan Pn. Idawati binti Ahmad Penolong Pegawai Perpustakaan PEMBACA PRUF En. Mohd Nazimudin bin Ibrahim Pensyarah Cik Puteri Nazlin Alamin binti Wan Zainal Alam Pensyarah JURUFOTO En. Mohd Hafizul Husaini bin Md Hussain Pegawai Multimedia dan Sumber Pn. Nur Syazalina binti Hanafi Pensyarah En. Mohammad Nizam bin Saad Pensyarah En. Asmeer Fadlee bin Nor Azahar Pembantu Am Pejabat KOLEJ KOMUNITI ARAU JALAN TENGKU BUDRIAH TAMBUN TULANG 02600 ARAU PERLIS TEL : 04 - 986 9800 FAKS : 04 - 986 1708 www.kkarau.edu.my Official Kolej Komuniti Arau