Umrah DIY, paduan lengkap Vol 1.0 | Page 23

ISTIMEWA : CERITA DONGENG RAKYAT
☆☆☆
Kebanyakkan penulis buku atau E-Book Umrah DIY jarang menyentuh tentang perkara ini . Ia berkaitan dengan cerita-cerita yang tiada kebenaranya .
1 . Jemaah tidak boleh keluar dari airport jika Umrah secara DIY

Kami seringkali menerima pertanyaan yang sama dari orang sekeliling jika diajak mengerjakan umrah secara DIY . Soalan pertama yang keluar dari bibir mereka adalah “ dengar kata tak boleh keluar airport kalau pergi tanpa TA , betul ke ?”. Jawapannya ialah tidak benar . Setakat berada dalam komuniti Umrah DIY belum pernah dengar lagi jemaah Umrah DIY dihantar pulang kerana mengerjakan Umrah secara DIY . Sekiranya jemaah masuk dengan cara yang betul , dokumen yang dilampirkan semasa permohonan Nota Umrah DIY

visa umrah benar dan tidak pernah melanggar undang-undang Arab Saudi Insyaallah tiada masalah .

2 . Jemaah beserta passport ditahan ketika keluar dari airport ibnu arabi Situasi yang sebenar ialah bukanlah jemaah dan passport ditahan . Ini merupakan proses biasa dari www . umrahdiy . com . my

petugas Muassasah ( TA ) yang menunggu dipintu ketibaan untuk merekod ketibaan , mengesahkan identiti melalui semakan passport , visa , serta maklumat lain yang mereka perolehi melalui lampiran dokumen sewaktu permohonan visa iaitu tiket penerbangan , tempahan hotel dan lain-lain . Selepas proses ini selesai , passport dikembalikan dan jemaah boleh beredar . Jemaah disyorkan membuat salinan muka depan passport dan visa untuk diberikan kepada petugas untuk kelancaran proses ini jika perlu .
3 . Keperluan melapor diri kepada Petugas Muassasah
Nama muassasah terdapat di belakang passport . Lanjutan dari nombor 2 , seusai keluar dari airport sememangnya jemaah tidak mengenali muassasah . Cuma sebutkan sahaja nama muassasah kepada mereka . Jika mereka petugas muassasah lain , mereka akan panggil petugas muassasah jemaah . Jika tiada siapa menunggu dipintu ketibaan , jemaah perlu bertanya orang sekitar . Untuk makluman jemaah , petugas muassasah sentiasa berada di airport untuk menunggu dan merekod kemasukkan jemaah dari seluruh dunia . Melapor ketibaan kepada petugas muassasah amat penting sekiranya apa-apa musibah berlaku seperti kematian , proses akan menjadi lancar . Jika tidak melaporkan ketibaan , muassasah akan anggap jemaah tidak datang . Keadaan akan menjadi lebih rumit jika perkara yang tidak diingini berlaku .
NOTA UMRAH DIY , Ibnu Arabi 19