Umrah DIY, paduan lengkap Vol 1.0 | Page 17

BAB 9- MUTAWWIF
☆☆☆
Kami amat mengalakkan jemaah mengambil khidmat mutawwif terutamanya bagi mereka yang pertama kali ke tanah suci sebagai pembimbing ibadah dan ziarah sewaktu di sana. Sekiranya sudah acap kali ke tanah suci, tiada masalah untuk tidak menggunakan khidmat tersebut.
Kadar bayaran mutawif per umrah / ziarah sebagai rujukan: Mutawif Umrah Mutawif Ziarah Makkah( Manasik) Mutawif Ziarah Makkah( Hudaibiyah) Mutawif Ziarah Madinah

: SAR 250 / group: SAR 200 / group: SAR 250 / group: SAR 200 / group Nota Umrah DIY

Manakala Ziarah ke Taif biasanya dicaj SAR 180 – SAR 200 seorang. Harga termasuk pengangkutan, mutawwif, makanan dan permit. Harga bergantung kepada saiz kumpulan. ibnu arabi

BAB 10- BAHASA

www. umrahdiy. com. my ☆☆☆

Boleh berbahasa arab merupakan 1 kelebihan buat jemaah. Namun begitu bagi jemaah yang tidak boleh berbahasa arab usahlah risau. Kami cadangkan anda membuatkan semua tempahan lebih awal untuk mengurangkan komunikasi semasa disana. Jemaah juga digalakkan untuk belajar serba sedikit perbualan asas harian dalam bahasa arab.
Kemajuan teknologi kini dapat membantu jemaah yang tidak boleh berbahasa arab, berikut ialah beberapa contoh applikasi yang boleh membantu jemaah: 1. Google Translate, layari website https:// translate. google. com / 2. Applikasi Mobile, sebagai contoh“ Almaany. com Arabic Dictionary”, download di playstore https:// play. google. com / store / apps / details? id = com. almaany. arar
NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 13