BAB 7- VAKSIN, PASSPORT, PERMOHONAN VISA
☆☆☆
Vaksin- Suntikan dan buku diperlukan untuk permohonan visa- Nama vaksin: Vaksin Meningococcal Quadrivalent( ACYW-135)- Harga sekitar RM130- RM150 untuk tempoh 2 tahun- Anak bawah 2 tahun tidak perlu
Passport- Pass perjalanan ke luar negara bagi mengantikan kad pengenalan- RM200( 5 tahun, dewasa)- RM100( 5 tahun, kanak-kanak)
Permohonan visa dengan Travel Agensi
Nota Umrah DIY ibnu arabi
Visa seeloknya dipohon sebulan sebelum dari tarikh berlepas atau paling lewat 2 minggu sebelum berlepas. Setelah peroleh visa, jemaah perlu berlepas dalam masa 14 hari dari tarikh visa dikeluarkan. www. umrahdiy. com. my Setelah tiba di Tanah Suci, jemaah dibenarkan pula tinggal maksimum 30 hari dari tarikh ketibaan. Namun begitu dikhabarkan pada bulan ramadhan jemaah dihadkan tinggal maksimum 15 hari sahaja untuk mengelak jemaah overstay sehingga musim haji. Apapun jemaah dinasihatkan sahkan dari TA dahulu sebelum membeli tiket penerbangan mengenai bilangan hari maksimum.
Visa umrah tidak seperti visa ke negara lain yang boleh dipohon terus di kedutaan. Visa umrah hanya boleh dipohon melalui TA tempatan yang ada MOU dengan Muassasah( TA) Arab Saudi sahaja. Akan tetapi, tidak semua TA tempatan yang boleh proses visa umrah ini menerima permohonan bagi jemaah Umrah DIY. Hanya sebilangan kecil sahaja itupun jemaah perlu hubungi satu persatu diantara mereka.
Untuk permohonan visa umrah hubungi Hamdan Hussin 017-3008021 / 010-3059185( call / whatsapp)
Harga visa standard: bergantung kepada bilangan jemaah RM 350( normal season) RM 450( Ramadhan)
NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 8