2.3 Misi Meletakkan Suzi & Associates sebagai satu firma yang diburu oleh syarikat bagi melakukan pengauditan akaun syarikat.
2.4 AKTIVITI ORGANISASI Suzi & Associates menawarkan rangkaian perkhidmatan professional dalam bidang pengauditan, perakaunan dan percukaian.
2.4.1 PENGAUDITAN
Firma Suzi & Associates menawarkan perkhidmatan pengauditan tahunan bagi semua syarikat dengan mengikut kehendak pelanggan. Firma ini juga membuat pengauditan berdasarkan Garis Panduan Pengauditan Antarabangsa dan Akta-akta lain yang berkaitan bagi mengekalkan mutu perkhidmatan yang tinggi kepada pelanggan.
2.4.2 PERAKAUNAN
Dalam firma ini juga penyelenggaraan syarikat ditawarkan. Perekodan sumber dokumen serta penyusunan dokumen merupakan kepakaran mereka serta penyelenggaraan ini dibuat berdasarkan Prinsip Perakaunan Antarabangsa dan Akta-akta yang berkaitan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:
A. Menyelenggara sepenuhnya rekod-rekod perakaunan syarikat melalui satu perisian komputer yang dikenali sebagai Mind Your Own Business( MYOB).
8