the report 00 | Page 37

4.5.2 LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN PROGRAM MYOB Sebelum merekod urusniaga syarikat pelanggan ke dalam akaun syarikat pelanggan menggunakan sistem MYOB, pegawai akaun akan memastikan beberapa dokumen perniagaan yang diserahkan oleh syarikat pelanggan bagi melicinkan proses merekod. Antara dokumendokumen yang diperlukan bagi melakukan perakaunan syarikat ialah: A. Invois dan nota kredit B. Buku tunai C. Penyata akaun syarikat D. Penyata gaji pekerja E. Bil-bil F. Resit jualan G. Keratan cek H. Slip bayaran caruman KWSP & PERKESO I. Bayaran baucer Dengan adanya dokumen-dokumen di atas dapat mempermudahkan urusan merekod urusniaga syarikat pelanggan ke dalam sistem tersebut. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk merekod akaun syarikat dalam sistem MYOB adalah seperti berikut: 4.5.2.1 MEMBUKA AKAUN SYARIKAT
A. Di muka hadapan MYOB, memilih create bagi membuka syarikat baru.
37