excel tetapi perlu mengira di kertas stok yang dicetak dari Excel oleh Syarikat Abdul Rahman Pandak.
3.4.9 MINGGU KE SEMBILAN( 13 FEBRUARI 2012 – 17 FEBRUARI 2012)
A. Pelatih menyambung sampling salary Syarikat Abdul Rahman Pandak. Dalam masa yang sama, pelatih juga membuat sampling PERKESO dan KWSP malah memastikan bayaran tersebut terdapat dalam slip gaji yang diberi oleh Syarikat Abdul Rahman Pandak.
B.
Pada minggu ini juga, pelatih harus membina carta dalam Microsoft excel yang memiliki 3 collum yang terdiri daripada kuantiti, barang dan juga harga seunit barang. Carta ini digunakan bagi merekod masuk perbelanjaan yang dibuat oleh Syarikat Abdul Rahman Pandak berdasarkan dokumen yang telah diterima.
C.
Dalam minggu yang sama, pelatih juga diberi kerja kedua iaitu mengira jumlah laundry Lost World of Tambun. Pengiraan tersebut haruslah dibuat dalam Microsoft excel. Pelatih juga telah diminta tolong oleh Puan Suzila binti Mohd Dali untuk menghantar dokumen di Syarikat KWSP.
D.
Pada akhir minggu ini, pelatih diajar bagaimana hendak membuka syarikat baru dalam MYOB iaitu Syarikat Zumas. Pelatih juga merekod perbelanjaan tunai yang dibayar secara kredit. Perbelanjaan tunai yang dibuat secara kredit mestilah disemak dalam penyata bank yang telah diberi oleh syarikat tersebut. Dokumen yang terlibat dalam perbelanjaan kali ini adalah seperti resit, KWSP, PERKESO dan baucer pembayaran.
18