BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 PENGENALAN Pihak Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan salah satu syarat penganugerahan kepada pelajar Diploma atau Sijil iaitu dengan menjalani dan lulus di dalam Latihan Industri . Latihan Industri ini dijalankan apabila berada di semester 3 bagi kursus sijil dan semester 4 bagi kursus diploma .
3.2 LATIHAN INDUSTRI Sepanjang menjalani Latihan Industri ( L . I ) bertempat di Suzi & Associates , pelatih telah mengikuti segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama seperti kakitangan di firma ini . Setiap hari secara rasmi , waktu bekerja bermula pada jam 8.30 pagi , dan berakhir pada jam 5.30 petang iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat .
Manakala hari Sabtu dan Ahad firma ini tidak beroperasi ( cuti ). Semasa dalam latihan industri di bawah Suzi & Associates , pelatih telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman kerja berkaitan dengan pengauditan serta perakaunan .
11