The Kingdom of Frog VLE Edisi Cuti Sekolah | Page 2
Widget Teks . . . .
Assalamualaikum, Salam Sehati Sejiwa &
Salam Transformasi !
Ini mungkin hari terakhir untuk bersekolah bagi tahun 2015 !
Namun, sebagai persiapan untuk kedatangan 2016, Frog Admin di
seluruh negara sudah mula berparti & berpesta di dada-dada media
sosial dengan `snek' PORTAL PENGURUSAN 2016 dan tak kurang juga
`Kenduri Kesyukuran RAMPASAN KUASA' dipanjatkan di media-media
baharu !
Hakikatnya, transformasi bukan sahaja berlaku dalam dunia
pendidikan bahkan dalam segenap aspek & bidang.
Memang tidak dapat dinafikan, PENGALAMAN amat penting
dan berharga. Namun, era transformasi belum menjanjikan
PENGALAMAN sebagai kayu pengukur mahupun jaminan dalam
transformasi kerana trasformasi itu sendiri adalah satu proses.
TUNJUK AJARKU SIFU !
Ayat ini selalu saya lihat dalam mana-mana grup Telegram.
Apakah konotasi ayat itu ?!
Saya kaitkan dengan wahyu pertama; IQRA'. Untuk
trasformasi dari Jahiliyyah kepada Hidayah, manusia perlukan IQRA'.
Untuk menjayakan TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA,
memang`time consuming'. Tetapi, alasan ini merupakan alasan cabuk &
oldschool. Tahukah anda kelajuan planet bumi ini berputar ? Syukur Allah
menciptakan hamba-Nya yang patuh & taat bernama graviti !