The Kingdom of Frog VLE Edisi Cuti Sekolah | страница 12

Terima Kasih, FrogAsia ! Mulai JUN 2015, FrogAsia terus meningkatkan kecanggihan sistem dalam Pelantar Pembelajaran Maya @ Frog VLE, seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang bakal memasuki GELOMBANG II; Mempercepatkan Penambahbaikan Sistem. Selain boleh menyorokkan pelbagai widget dan page, site juga boleh dikongsi dan dijadikan web dan penambahan dashboard daripada 3 ke 5 dengan memilih mana-mana 3 laman dijadikan dashboard. Jika dibandingkan dengan sebelum ini, sistem pengumpulan data dan penyebaran maklumat serta informasi seharusnya berubah 180 darjah. Seharusnya, setiap sekolah perlu memanfaatkan Frog VLE sebagai sebuah sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap & efisien.