Terbilang 2016 1 | Page 91

PINKS yang bermaksud Penang International Kids Storytelling adalah merupakan program anjuran SK Minden Height di peringkat antarabangsa yang telah dilaksanakan sejak tahun 2013 lagi. Program ini adalah merupakan program kerjasama bersama PPIP - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM.

Tahun ini merupakan tahun ketiga SK Minden Height meneruskan program ini pada 14 dan 15 Oktober 2016 bertempat di GEMS International School Pearl City, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Program ini merupakan pertandingan bercerita kanak-kanak yang berumur dari 7 - 12 tahun.

Apa yang uniknya, pertandingan bercerita ini diadakan dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab. Tema untuk cerita-cerita yang hendak disampaikan itu ialah 'Cerita yang menarik dari seluruh dunia'. Setiap murid hanya boleh memilih satu bahasa sahaja untuk pertandingan bercerita ini.

Pertandingan ini mempelawa seluruh sekolah rendah di Malaysia untuk menyertai pertandingan ini dan juga sekolah-sekolah antarabangsa serta murid-murid dari negara-negara jiran.

SBT

91