PENDAHULUAN:
Persatuan ini terdiri daripada 21 orang ahli dan 3 orang guru penasihat. Ianya ditubuhkan bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan murid serta mendedahkan mereka ke arah kepentingan penggunaan Bahasa Arab dengan betul.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah menonton video berbahasa Arab, pertandingan ejaan, mencari kosa kata, pertandingan bercerita,membina model daripada bahan terbuang dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti ini sangat menyeronokkan ahli-ahli persatuan.
Selain itu, pendedahan pelbagai aktiviti kepada ahli-ahli persatuan telah berjaya memupuk semangat setiakawan,keyakinan diri yang tinggi serta dapat mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan mereka.
Ahli-ahli persatuan telah berjaya menghasilkan mutu kerja yang kreatif dalam sebarang aktiviti yang telah diadakan.
Harapan semoga persatuan ini akan terus merancang aktiviti-aktiviti yang menarik untuk terus member pendedahan kepada ahli-ahlinya dan dapat menarik lebih banyak ahli persatuan pada tahun akan datang.
PESERTA: (Lampirkan senarai nama)
LELAKIPEREMPUANJUMLAH
MICMIC21
912
IMPAK :
1.Murid-murid dapat menghafaz perkataan-perkatan Bahasa Arab disamping membina model daripada bahan terbuang.
2.Murid-murid dapat membina ayat mudah dengan baik
3.Tulisan murid-murid semakin cantik dan bacaan mereka semakin lancar.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1.Mengadakan lebih banyak pertandingan sesama ahli di peringkat sekolah
2.Mengadakan pertandingan persahabatan di antara sekolah tertentu
3.Mempelbagaikan aktiviti semasa perjumpaan mingguan
4.Mencipta bahan-bahan pembelajaran yang menyeronokkan
Disediakan oleh:
………………………………………………….
( SITI FATIMAH BT MDMAKHTAR )
Guru Penasihat,
Persatuan Bahasa Arab,
SekolahKebangsaan Minden Height,
Pulau Pinang.