Terbilang 2016 1 | Page 8

SEKOLAH

8

Setiap program ini mempunyai objektif tersendiri dan telah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

A.Grow Fasa I ( Jan – Mei )

Gemilang 1

Kelas ini memberi tumpuan dan fokus kepada ulang kaji Tahun 4 dan Tahun 5. PdP memberi tumpuan kepada pengukuhan konsep dan penguasaan kemahiran asas.Murid dilatih memperbaiki kelemahan dan membuat target kendiri melalui penilaian diri sendiri. Murid ditempatkan ke dalam enam kelas mengikut headcount subjek.Kelas dijalankan seawal 7.20am hingga 8.40am bermula bulan Januari hingga Mei iaitu pada hari Selasa dan Khamis. 12 orang guru telah mengendalikan kelas-kelas yang ditetapkan. Guru mengenal pasti topik dan kelemahan murid seterusnya merancang bahan yang dapat membantu menyelesaikan masalah murid.Kelas dimulakan dengan pengukuhan konsep dan penguasaan kemahiran asas.Kandungan pelajaran merupakan topik penting Tahun 4 dan Tahun 5 bagi Sains dan Matematik manakala BM lebih berfokuskan kemahiran Tatabahasa dan ulasan.Jadual waktu PdP telah bermula dari pukul 8.40 hingga 2.30pm.

B.Grow Fasa II ( Jun – Ogos )

Gemilang 2

Kelas ini berfoluskan pengukuhan penguasaan kemahiran dan pengukuhan teknik menjawab. Guru mengajar topik yang sukar dikuasai murid. Disamping itu guru juga memantapkan persediaan murid bagi menghadapi peperiksaan dari segi emosi, mental dan fizikal.Murid-murid yang berkebolehan diasuh membantu murid-murid yang lemah dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.Murid mengemukakan masalah pembelajaran semasa perbincangan kelas pada waktu PdP.Kelas ini telah dijalankan dari bulan Jun hingga Ogos pada hari Isnin hingga Khamis bermula seawal pkl 7.00am hingga 8.30am.Murid kekal di dalam kelas masing-masing.Murid didedahkan dengan teknik menjawab soalan dan cara menjawab dengan tepat mengikut format terkini UPSR.

C.Pull Out

Program ini ini telah dijalanlan untuk membatu murid yang lambat menguasai kemahiran asas tinggi melalui bimbingan guru . Fokus utama guru ialah membantu murid galus mendapat minimum C dalam UPSR seterusnya meningkatkan pencapaian kuantiti kelulusan keseluruhan UPSR sekolah. Guru guru telah berusaha untuk mencapai 100% murid mendapat sekurang-kurangnya minimum C dalam UPSR. Kelas ini telah dijalankan pada waktu PSV atau P.Muzik semasa PdP untuk Matematik dan hari Isnin untuk Sains pada waktu tasmik bg murid Islam dan pkl 12 bg murid moral. Guru guru telah mengenal pasti topik yang perlu diberi latih tubi supaya murid dapat memperoleh minimum C terutama aras rendah dan sederhana. Bimbingan telah diberi dalam bentuk klinikal dan study group diaplikasikan semasa latihan.

.