Peperiksaan luar iaitu ICAS Digital Technologies ini adalah penglibatan di peringkat antarabangsa di mana penyertaannya adalah bersifat terbuka dan tidak dihadkan kepada ahli kelab semata-mata. Ini bertujuan untuk memberi peluang sama rata kepada bukan ahli kelab yakni kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Minden Height secara amnya untuk melibatkan diri dalam dunia ICT secara meluas agar dapat memertabatkan penguasaan ICT dalam mengorak langkah ke arah sekolah futuristik. Yuran penyertaan sebanyak RM 40 perlu dibayar sendiri oleh murid yang berminat untuk menyertainya. Peperiksaan ini dijalankan pada 12 April 2016 bertempat di SKMH sendiri. Peperiksaan yang dijalankan adalah berbentuk pensel dan kertas di mana kertas soalan akan dihantar ke sekolah dan kertas jawapan perlu dihantar ke ejen UNSW di Kuala Lumpur untuk diproses dan dihantar terus ke Australia. Dalam peperiksaan ini, murid akan diuji dengan pengetahuan pemprosesan kata seperti Word, Excel, Powerpoint, Paint, dan Internet.
Laporan disediakan oleh,
……………………………………
(HAZLIANA BINTI MOHAMAD HUSSIN)
Guru Penasihat,
Kelab Komputer
SK Minden Height
KO-KURIKULUM
79