Terbilang 2016 1 | Page 70

Kelab Rukun Negara

KO-KURIKULUM

70

LAPORAN TAHUNAN KELAB RUKUN NEGARA 2016

Pengenalan / Latar Belakang Kelab

Kelab Rukun Negara di bawah bimbingan dua orang guru penasihat dan ahli kelab terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Penyertaan murid semakin bertambah berbanding tahun pengenalan pada 2013 yang hanya terdiri daripada 7 orang murid Tahun 4 sahaja. Sehubungan itu, beberapa program telah dirancang agar minat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli kelab terus berkembang dari masa ke semasa.

Objektif Kelab Rukun Negara

Objektif Kelab Rukun Negara SK Minden Height:

a)Memperkenalkan prinsip - prinsip Rukun Negara;

b)Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;

c)Menyubur dan meningkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan

d)Menjadikan prinsip - prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan Negara.

Nama Guru Penasihat

Guru Penasihat Kelab Rukun Negara SK Minden Height ialah :

a)Pn.Noorulhuda bt Omar

b)Pn.Rohaya bt Mohamad

Jumlah Ahli Kelab

Keahlian Ahli Kelab Rukun Negara SK Minden Height pada tahun 2016 bermula bulan Januari hingga Oktober ialah 10 orang murid.