Terbilang 2016 1 | Page 65

PENCERAMAH / JURULATIH / FASILITATOR: (Jika ada)

1.Jurulatih: En. Michael Ch’ng Kim Chye

2.Pembantu Jurulatih: Cik Quay Jia Ci

3. En. Goh Chin Wei

JJUSTIFIKASI PROGRAM:

1.Melatih murid asas seni mempertahankan diri

2.Meningkatkan disiplin diri murid melalui seni mempertahankan diri.

PENDAHULUAN:

Pada tahun 2016, seramai 113 orang murid daripada tahun 1-5 telah mendaftar untuk menyertai Persatuan Taekwondo SKMH. Walau bagaimanapun, hanya 71 orang murid sahaja yang kekal menjadi ahli persatuan sehingga penghujung tahun 2016. Ahli-ahli persatuan adalah terdiri daripada murid tahun 1 hingga 5. Persatuan ini telah ditubuhkan sejak tahun 1998 dan telah bergabung bersama dengan Persatuan Taekwondo Daerah Timur Laut (ITF) Pulau Pinang secara rasminya.

Persatuan ini telah menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun mengikut perancangan yang telah dibuat. Pada tahun ini latihan mingguan dijalankan pada setiap hari Isnin, iaitu dari pukul 5.00 petang hingga 6.00 petang bagi murid tahun 3 hingga 5. Manakala bagi murid tahun 1 dan 2 pula, latihan diadakan pada setiap hari Rabu dari pukul 1pm hingga 2 pm.

Secara umumnya, setiap ahli yang baru menyertai persatuan ini akan diajar teknik-teknik asas dalam Taekwondo. Manakala ahli-ahli lama akan menduduki ujian ’Peningkatan (upgrading)’yang telah ditetapkan 3 kali setahun. Ahli-ahli yang lulus dalam ujian ini, mereka akan diajar ’Pattern’ baru dan seterusnya menjalankan latihan ’Free Sparring’ mengikut warna tali pinggang masing-masing.

Secara keseluruhannya, semua aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar walaupun menghadapi pelbagai kekangan. Antara kekangan sepanjang tahun 2016 ialah tempat latihan yang terhad dan masa latihan yang tidak sesuai bagi tahun 1 dan 2. Diharapkan persatuan ini akan terus menghasilkan murid-murid yang berdisiplin, sama ada di dalam aktiviti persatuan atau diluar aktiviti persatuan di samping tangkas dan lincah dengan seni mempertahankan diri pada tahun-tahun berikutnya.

PESERTA: (Lampirkan senarai nama)

LELAKIPEREMPUANJUMLAH

MICLMICL113

651532631

LAPORAN PENCAPAIAN:

BilPENCAPAIANPERINGKAT

1Grade 10-Grade 9 (30 murid)sekolah

2Grade 9-Grade 8 (3 murid)sekolah

3Grade 8-Grade 7 (2 murid)sekolah

4Grade 7-Grade 6 (1 murid)sekolah

5Grade 5-Grade 4 (1 murid)sekolah

IMPAK :

1.Meningkatkan pencapaian murid dalam bidang ko-kurikulum

2.Memartabatkan nama SKMH di peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh:

………………………………………………….

(MADEVI CHANDRAN)

Sekolah Kebangsaan Minden Height

Pulau Pinang

KO-KURIKULM

65