Terbilang 2016 1 | Page 60

TKRS

KO-KURIKULUM

60

UNIT KOKURIKULUM

LAPORAN TAHUNAN TKRS 2016

Pengenalan / Latar Belakang Kelab

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SKMH di bawah bimbingan 9 orang guru penasihat dan 128 orang ahli kelab terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Penyertaan ramai daripada murid membuktikan bahawa unit beruniform TKRS salah sebuah unit beruniform yang mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan di sekolah ini. Sehubungan itu, beberapa program telah dirancang agar minat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli TKRS dapat disalurkan ke saluran yang betul dengan menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan sepanjang tahun ini.

Objektif Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Objektif Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) di SKMH adalah untuk:

a)Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan Negara.

b)Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif, serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

c)Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan dikalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan integrasi nasional.

d)Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

e)Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

Nama Guru Penasihat

Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK Minden Height ialah :

1. EN AHMAD HISHAM B MOHAMAD6. PN AZWATI BINTI AHMAD

2. PN AZWAHIDA BINTI AHMAD7. PN MARINI INSYIRAH BT MAT ISA

1.3. EN MOHD ARFAN B BAKHIR8. PN KIFTIAH BT MOHAMAT SAMAN

2.4. EN MOHD FAIZUL NAZWAN B FOIZI9. PN ROSELINA BT ABU HASSAN

5.5. EN MOHD IRWAN B MD MURAD

TARIKH PERJUMPAANAKTIVITICATATAN

1PERLANTIKKAN AHLI JAWATANKUASA KELAB

2KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN- KAWAD

3IKATAN TALI- SIMPULAN DAN IKATAN ASAS

4KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN- KAWAD

5BANTU MULA

6PERKHEMAHAN ASAS

7ASAS KEBOMBAAN

8KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN- KAWAD