TRANSISI TAHUN 1
SEKOLAH
6
Program transisi Tahun 1 akan diadakan pada minggu pertama pertama persekolahan. Program ini adalah salah satu dari program Kementerian Pendidikan Malaysia untuk murid-murid Tahun satu pada dua minggu pertama persekolahan.
Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk memberi keyakinan dan keseronokan kepada murid-murid Tahun 1 untuk menempuhi alam persekolahan. Ini kerana, persekitaran tadika yang dilalui oleh murid-murid Tahun 1 ini adalah jauh berbeza dengan alam sekolah rendah di mana jumlah murid di sekolah rendah adalah jauh lebih ramai dari murid-murid di tadika. Saiz badan dan perbezaan umur yang berbagai juga merupakan cabaran baharu kepada murid-murid Tahun 1 yang mungkin akan berasa takut dan janggal untuk berhadapan dengan mereka.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti lawatan di kawasan sekolah agar murid-murid tahu tempat-tempat dan kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah, sukaneka, pengenalan kepada lagu-lagu Negaraku, lagu Pulau Pinang dan Lagu Sekolah, sukaneka dan sebagainya supaya murid-murid rasa lebih seronok dan bersemangat untuk hadir ke sekolah.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang lazimnya dilakukan di kelas juga tidak berjalan pada tempoh ini. Aktiviti pembelajaran secara formal ini hanya akan dilaksanakan setelah tamatnya program transisi. Murid-murid juga dibekalkan dengan buku teks masing-masing sebelum berakhirnya program ini supaya aktiviti pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar .