Terbilang 2016 1 | Seite 56

Pandu Puteri Tunas

KO-KURIKULUM

56

LAPORAN AKTIVITI PANDU PUTERI TUNAS PEK KE-61, 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN MINDEN HEIGHT

Pandu Puteri Tunas Ke-61 telah mengikuti pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2016 dan telah memperoleh beberapa kejayaan termasuk di peringkat kebangsaan.

Pasukan ini terdiri daripada 10 pemimpin dan 89 ahli Pandu Puteri Tunas Tahun 3 hingga Tahun 6. Seramai 82 ahli Pandu Puteri Tunas Tahun 4 hingga Tahun 6 telah dilantik dan berdaftar dengan Pandu Puteri Malaysia. Ahli-ahli Tahun 3 belum lagi dilantik dan akan dilantik pada tahun 2017.

Aktiviti pandu puteri dijalankan pada pukul 1.10 hingga 2.10 petang hari Rabu setiap dua minggu.Semua aktiviti dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat. Siti Setia atau guru-guru penasihat telah memberikan komitmen yang amat tinggi untuk menjayakan aktiviti yang dirancang

Pada 8-10 Januari, 2016, seramai enam ahli Pandu Puteri Tunas telah menyertai dengan jayanya Bengkel Lanjutan Pandu Puteri Tunas yang diadakan di Wisma Pandu Puteri, Jalan Air Itam, Pulau Pinang. Selepas itu, seramai 7 ahli Pandu Puteri Tunas menyertai Sesi Kraftangan pada 23 April, 2016 yang diadakan di Wisma Pandu Puteri Tunas.

Pada 29 – 31 Julai, 2016, seramai 11 ahli Pandu Puteri Tunas Tahun 4 dan 5 telah menyertai Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC). Lanjutan daripada bengkel ini, tiga ahli Pandu Puteri Tunas Tahun 5 berjaya mendapat Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia semasa menyertai Bengkel Anugerah :Pandu Puteri Harapan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Cabaran Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan serta “Disney Princess Award” yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang yang diadakan pada 3 – 6 November, 2016. Ahli-ahli Pandu Puteri tersebut adalah seperti berikut: