Kesihatan dan Rawatan
HEM
44
Sepanjang tahun 2016, Unit Kesihatan dan Rawatan telah menjalankan beberapa aktiviti yang berikut:
a) Ceramah Kesihatan - Demam Denggi
Tarikh : 11 April 2016
Tempat : Dewan Terbuka SK Minden Height
Ceramah ini melibatkan semua murid Tahun 3-5 tentang bahaya demam denggi. Ini kerana, semakin hari , peratusan penghidap demam denggi dan kadar kematian yang disebabkan oleh demam denggi semakin meningkat.
b) Ceramah Kesihatan - Siri Jelajah Perut Sihat Bersama Yeo's Yogurt
Tarikh: 12 April 2016
Tempat : Dewan Terbuka SK Minden Height
Masalah perut sering dialami oleh kanak-kanak. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kesihatan dan Rawatan dengan kerjasama Yeo's Yogurt telah mengadakan Ceramah Kesihatan Siri Jelajah Perut Sihat untuk semua murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dalam usaha meningkatkan pengetahuan murid tentang penjagaan peruyt