Terbilang 2016 1 | Page 24

Hari Kecemerlangan Akademik

SEKOLAH

24

Hari Kecemerlangan Akademik SK Minden Height disambut pada 30 Julai 2016 merupakan acara tahunan sekolah yang mengiktirafkan pencapaian murid selama tempoh enam bulan persekolahan yang pertama. Pencapaian akademik mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun iaitu PKSR1 akan diambil kira.

Penilaian dan pengiktirafan awal yang dibuat ini adalah untuk menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada anak-anak didik SK Minden Height untuk meneruskan perjuangan dalam bidang akademik masing-masing. Ini bukanlah bermakna SK Minden Height membuat penilaian terhadap murid berdasarkan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja, malah aspek-aspek lain juga dititikberatkan kerana SK Minden Height lebih berfokuskan pendidikan secara holistik.

Sehubungan dengan itu, murid-murid yang berbakat dan berpotensi dalam bakat seni persembahan juga turut diketengahkan dengan menjemput mereka membuat persembahan selingan dalam upacara yang gilang-gemilang ini.

Majlis ini merupakan majlis yang pertama kalinya disambut bersama-sama dengan guru besar baru SK Minden Height, Pn Hajah Ariffah binti Ariffin yang dirasmikan oleh YDP PIBG, Dr Fadzilah binti Amzah.