Hari Terbuka P 21
SEKOLAH
20
Hari Terbuka P21 telah diadakan pada 18 Februari 2016 di SK Minden Height ini dihadiri oleh pegawai-pegawai JPN, PPD,para guru besar dan ibu bapa. Tujuan hari terbuka ini diadakan adalah atas permintaaan dari Jabatan Pendidikan Negeri untuk memberi peluang kepada masyarakat tentang apa itu pendidikan alaf ke 21. Pada hari ini, para hadirin berpeluang menyaksikan bagaimana pendidikan alaf 21 telah dilaksanakan di SK Minden Height dan penggunaan ICT yang meluas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berbekalkan smartboard, swipe, chromebook dan sebagainya telah menjadikan murid-murid SK Minden Height maju selangkah ke hadapan di samping menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan.
Pada hari ini juga, para hadirin berpeluang mengetahui tentang MMIM (Model of Minden Instructional Module) yang diperkenalkan oleh En Ilias Tajudin sebagai sistem pendidikan SK Minden Height yang berkonsepkan 'flipped classroom'. Dengan memfokuskan 3R dan 7C , adalah diharapkan dapat memberi manfaat yang lebih kepada murid-murid ini dalam menghadapi cabaran masa hadapan.