Terbilang 2016 1 | Page 10

UPSR 2016

SEKOLAH

10

Calon-calon UPSR 2016 merupakan anak-anak sulong kepada KSSR yang memperkenalkan format baru. Format baru ini memperkenalkan KBAT - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di mana soalan-soalan yang berbentuk di luar kotak diperkenalkan dalam peperiksaan.

Subjek-subjek yang termasuk dalam penilaian UPSR adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di peringkat sekolah kebangsaan. Terdapat dua kertas dalam subjek-subjek tersebut dan memperolehi 6A dalam peperiksaan menjadi cabaran pada setiap calon untuk memilikinya.

Pembahagian A dalam UPSR 2016 adalah seperti berikut:

1. Bahasa Melayu Kertas 1

2. Bahasa Melayu Kertas 2

3. Bahasa Inggeris Kertas 1

4. Bahasa Inggeris Kertas 2

5. Sains

6. Matematik.

Secara keseluruhannya keputusan UPSR 2016 SK Minden Height adalah seperti berikut:

1. Jumlah murid yang mendapat 6A - 9 orang = 5.73%

2. Jumlah murid yang mendapat 5A1B - 11 orang = 7.01%

3. Jumlah murid yang mendapat 4A2B - 8 orang = 5.01%

4. Jumlah murid yang mendapat 5D -107 orang = 68.15%

5. Jumlah murid yang lulus - 135 orang = 85.99%

6. Jumlah murid yang gagal - 22 orang = 14.01%