Teknologi Pendidikan 2012 | Page 21

? Kemudian, kita akan dibawa ke halaman di bawah. ? Perlu diingatkan bahawa hanya pengguna atau pengunjung yang berdaftar dengan akaun WordPress sahaja dibenarkan untuk menjadi pengguna. Para pengunjung atau pengguna mempunyai pilihan untuk mendaftar akaun WordPress.com dengan mempunyai laman blog atau hanya berdaftar untuk memperoleh akaun WordPress tanpa memiliki laman blog sendiri. Isikan maklumat pengguna atau pengunjung yang diperlukan. Setelah semua maklumat dilengkapkan, klik pada butang Send Invite. Para pengguna atau pengunjung yang telah dijemput (Invite) akan menerima e-mail daripada WordPress.com untuk mengesahkan persetujuan mereka. ? ? ? ? 7.0 Langganan Blog (Follow) Suatu ciri yang menarik dalam WordPress.com ialah para pengunjung boleh melanggan secara percuma semua kiriman yang disiarkan. WordPress.com akan menghantar semua kiriman yang disiarkan terus ke dalam e-mail mereka. Kemudahan ini merupakan suatu cara yang sangat efektif kepada para pengunjung untuk mendapatkan informasi yang disiarkan melalui kiriman. Langganan boleh dibuat melalui Front End dengan mengisi ruang langganan (Follow) atau klik pada butang Follow yang disediakan oleh WordPress.com. 20