5.5 Mengubah suai paparan pada laman web
Melalui Dashboard, kita boleh mengubah suai paparan dan reka bentuk
laman web berdasarkan citarasa dan kreativiti kita.
?
?
?
?
?
?
?
Pergi pada bahagian Appearance.
Pada bahagian Appearance, terdapat beberapa fungsi yang disediakan
bagi membantu kita untuk melakukan pengubahsuaian.
Bagi mengubah tema paparan (themes), klik pada Themes.
Pada bahagian ini, kita boleh memilih tema yang sesuai dengan
paparan yang kita kehendaki.
Setiap tema yang disediakan oleh WordPress.com mempunyai fungsi
dan bentuk paparan yang berbeza.
Bagi tujuan latihan dalam kursus ini, kita akan menggunakan tema
Mystique.
Kita juga boleh menetapkan pelbagai fungsi tambahan ke dalam
laman web menggunakan kemudahan Widgets.
9