Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
Pengertian Ijtihad
Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan
penetapan sesuatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis
Keperluan Ijtihad
•
•
•
Untuk memastikan setiap keputusan yang dilakukan boleh di terima dan sesuai dengan
keadaan semasa
Supaya keputusan yang dikeluarkan menepati kehendak syarak
Untuk memastikan undang-undang Islam sentiasa berkembang
Matlamat Ijtihad
Untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan sempurna
Untuk mengelakkan pertikaian dalam menyelesaikan masalah
Untuk menggalakkan umat Islam (para ulama) berfikir untuk mencari hukum yang
baru
Untuk menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah serta mendapat
rahmat-Nya
Kebaikan Ijtihad
Memberikan peluang kepada mujtahid untuk mengeluarkan hukum yang tidak
dinyatakan dengan jelas dalam al-quran dan hadis
Memastikan peristiwa yang berlaku dapat diselesaikan mengikut kaedah Islam
Memastikan hukum Islam dapat dikembangkan secara berterusan
Memastikan umat Islam sentiasa berpegang teguh dengan hukum yang baru
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
98