TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 71

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Sistem muamalah Islam yang diamalkan memberi kesan ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Antara kesan muamalah Islam dalam meningkatkan kualiti kehidupan manusia di dunia adalah seperti berikut, antaranya . Mendapat Keredaan Allah SWT Sistem muamalah Islam adalah sistem yang telah diciptakan oleh Allah SWT untuk manusia melaksanakannya. Dengan melaksanakan sistem tersebut dengan berkesan kehidupan manusia akan mendapat keredaan Allah SWT kerana telah melaksanakan syariat-Nya Menjamin keadilan sejagat Sistem muamalah Islam amat mementingkan keadilan kepada seluruh manusia tanpa mengira kedudukan, darjat dan status sosial seseorang. Setiap orang mempunyai hak masing-masing yang harus di tunaikan. Islam tidak membenarkan sesiapa pun merampas hak orang lain. Contohnya orang miskin tetap dibela melalui sistem muamalah Islam dengan mewajibkan zakat dan menggalakkan orang kaya supaya bersedekah kepada orang miskin, dengan itu keadilan sejagat dapat ditegakkan melalui sistem muamalah Islam. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 Menjamin keharmonian hidup Sistem muamalah Islam menentang sebarang bentuk penindasan dan perbuatan zalim seperti menipu, mencuri, merampas harta orang lain dan perbuatan riba dalam perniagaan dan aktiviti kehidupan seharian. Dengan terlaksananya sistem muamalah Islam dalam kehidupan seharian, sudah tentu kejadian jenayah akan berkurangan dan dapat menjamin keharmonian hidup manusia dan masyarakat Membangunkan tamadun manusia Sistem muamalah Islam dapat membangunkan tamadun manusia ke arah yang lebih maju dan teratur, sesuai dengan sifat semula jadi manusia yang suka hidup secara bermasyarakat. Muamalah Islam mengambil kira semua perkara yang berhubung dengan keperluan dan cita rasa manusia untuk mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Contohnya Islam mewajibkan umatnya bekerja bagi mendapatkan harta untuk membina hidup yang lebih baik dan bertamadun. 70