TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 69

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Sistem muamalah Islam menyediakan pelbagai peraturan dan kaedah untuk memudahkan manusia memenuhi keperluan hidup mereka., sama ada semasa bermusafir, bermukim dalam keadaan aman mahupun darurat. Antara konteks sistem muamalah Islam yang dapat dikaitkan dalam kehidupan manusia seperti dalam keadaan : Muamalah Islam Sedekah Zakat Sewa menyewa. Jual beli Al-Wadiah Ar-Rahnu Berhutang Aplikasi Bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan mereka. Contohnya orang miskin, musafir dan di timpa bencana. Hak yang tertentu yang diuruskan kutipan dan pengagihannya oleh negara melalui amil-amil zakat. Hasil zakat diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan telah ditetapkan dalam al-Quran Kemudahan yang disediakan oleh sistem muamalah Islam bagi memberi pertolongan kepada orang yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan sesuatu barang. Melalui sewa menyewa orang yang memerlukan boleh mendapatkan sesuatu barangan melalui sistem sewaan. Jual beli merupakan kemudahan yang disediakan untuk orang ramai mendapatkan keperluan hidup mereka. Sistem muamalah Islam menyediakan al-wadiah bagi kemudahan orang ramai menyimpan dan melaburkan wang mereka dalam bank. Kemudahan yang disediakan oleh Islam dalam keadaan darurat dan terdesak. Cara ini boleh digunakan oleh orang yang mempunyai cagaran seperti tanah dan barang kemas untuk mendapatkan wang tunai dengan segera. Kemudahan yang disediakan kepada orang yang tidak mempunyai harta, tetapi berada dalam keadaan darurat dan terdesak untuk mendapatkan wang tunai bagi memenuhi tuntutan hidup mereka Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 68