Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
PELAJARAN 3 ISLAM DAN PEKERJAAN
UNIT 1 GALAKAN BEKERJA
Pekerjaan menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untuk
mendapatkan wang atau harta dengan cara yang halal dan tidak
bertentangan dengan hukum syarak.
Sesuatu yang dipandang
mulia oleh Islam
Dikira sebagai ibadat jika mengikut
lunas-lunas syarak
Satu cara untuk melahirkan
semangat tolong menolong
Merupakan satu kewajipan yang
mesti ditunaikan
Islam telah menyediakan satu peraturan yang
terperinci bagi mengatur bidang pekerjaan
yang dikenali sebagai sistem muamalat
Bekerja merupakan tanggungjawab setiap individu bagi memenuhi keperluan
peribadi seperti menyara diri sendiri, keluarga dan tuntutan sosial seperti
membangunkan ekonomi negara
Bekerja merupakan ibadat dalam Islam kerana, orang yang bekerja dikira telah
menunaikan satu keperluan fardu ain, iaitu menyara kaum keluarga.
Bekerja akan memudahkan umat Islam menunaikan ibadat kepada Allah Allah SWT
melalui harta, seperti zakat, bersedekah dan menderma.
Orang yang bekerja dipa ndang mulia dan disukai oleh Allah SWT dan RasulNya.
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Bahawa Allah SWT
sangat mencintai orang mukmin yang suka bekerja keras dalam usaha mencari
mata pencarian. “ Hadis riwayat Tabrani dan Baihaki.
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
43