Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
Sebab Manusia diberi kebebasan untuk memiliki Harta
Fitrah Semulajadi Manusia
Allah SWT telah mencipta manusia
dangan sifat gemarkan kepada harta
kekayaan
Memberi ketenangan dan
keselesaan hidup di dunia
Manusia yang mempunyai harta yang
banyak akan dapat hidup dengan
tenang dan gembira
Perantaraan untuk mencapai
kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat
Manusia
dapat menggunakan harta
yang di miliki untuk memenuhi
keperluan dan keselesaan hidup di
dunia dan beribadat kepada Allah SWT
untuk kebahagiaan di akhirat
Galakan untuk manusia bekerja
dengan bersungguh-sungguh
Allah SWT menggalakkan manusia
supaya bekerja dengan bersungguhsingguh supaya tidak di belenggu oleh
kemiskinan
Peranan Harta dalam kehidupan Manusia
Harta sebagai alat untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Contohnya dengan
mengeluarakan sedekah atau derma akan mengeratkan hubungan antara golongan
miskin dengan kaya
Harta sebagai alat untuk beribadat kepada Allah SWT seperti menunaikan ibadat Haji,
Zakat dan sedekah
Harta sebagai alat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan memenuhi segala
keperluan hidup dengan sempurna
Harta sebagai alat untuk menambahkan ilmu pengetahuan
Amalan yang dianggap melanggar Hak Milik Dalam Islam
Menggunakan harta dengan cara yang melanggar peraturan syarak seperti membazir
Mengawal pengeluaran dan pemasaran sesuatu barangan atau perkhidmatan seperti monopoli
Mendapatkan keuntungan dengan cara menipu sukatan atau timbangan seperti melakukan
manipulasi dalam perniagaan
Menceroboh harta atau sesuatu yang menjadi milik orang lain seperti mencuri
atau merompak
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
28