TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 196

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Kesan penyelesaian masalah kemunduran ekonomi ummah • • Negara Islam dapat menguasai ekonomi dan menjadi pusat perdagangan terkemuka dunia. Negara Islam akan menjadi peneraju kepada perkembangan ekonomi dunia. Cara untuk membentuk kekuatan ekonomi ummah : • • • Bekerja dengan bersungguh-sungguh Menjaga kualiti barangan dan mutu kerja Berhemah dalam berbelanja Pengertian Jati diri ummah : Jati diri bermaksud umat Islam memiliki daya kreativiti, inovatif dan produktif serta tidak mudah lemah semangat dalam melaksanakan sesuatu dan sentiasa mempunyai wawasan dalam kehidupan. Mampu menguruskan diri sendiri dan menghasilkan produktiviti yang bermutu. Umat Islam sering di hina dan di pandang rendah oleh bangsa-bangsa lain kerana mereka tiada jati diri dan lemah dalam semua bidang. Sedangkan umat Islam merupakan umat yang terbaik kerana mereka merupakan pilihan Allah SWT. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 195