TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 185

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Dakwah merupakan satu usaha untuk mengubah suatu keadaan yang belum Islam kepada keadaan yang mempunyai nilai-nilai Islam. Ia merupakan suatu kewajipan keatas semua umat Islam. Melalui aktiviti dakwah manusia dapat didekatkan kepada perkara kebaikan dan menjauhi daripada perkara kejahatan. Usaha dakwah mestilah dilakukan secara berterusan tanpa mengira masa, tempat dan keadaan Melalui Dakwah Cara berdakwah yang berkesan • • • • • Melalui pendidikan Melalui Doa Dengan cara memberi penerangan dan penjelasan tentang kebenaran dan keindahan Islam mengikut kemampuan orang yang mendengar Dengan cara memberi nasihat yang baik melalui contoh teladan yang terpuji Dengan cara mengadakan perbincangan dan perbahasan yang baik dalam bentuk ceramah, forum dan sebagainya Dengan cara menyalurkan khidmat kebajikan yang dapat memenuhi keperluan masyarakat Dengan cara memberi penerangan dan ilmu pengetahuan yang sempurna • Pendidikan yang sempurna dapat menjamin kehidupan seseorang kearah yang lebih baik. Melalui pendidikan manusia dapat mengeluarkan diri mereka daipada pelbagai masalah seperti kejahilan, mudah berputus asa dan malas untuk berusaha Doa ialah cara untuk memohon kebaikan atau menolak sesuatu keburukan kepada Allah SWT. Seseorang yang menghadapi masalah mestilah berdoa kepada Allah SWT supaya masalah yang dihadapinya dapat diselesaikan dengan baik, setelah segala usaha dilakukan dengan sempurna Adab-adab berdoa • • • • • • Berdoa dengan ikhlas kepada Allah SWT Berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar Berkeadaan khyusuk dan tenang Berdoa dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh serta tidak berputus asa Melunakkan suara ketika berdoa Memulakan doa dengan memuji Allah SWT dan mengakhiri doa dengan berselawat keatas nabi Muhammmad SAW Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 184