Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
PELAJARAN 1 UNIT 2
MEMPEROLEH DAN MEMBELANJAKAN HARTA
Islam menggalakkan umatnya mencari harta berdasarkan sebab-sebab tertentu, antaranya
1. Memiliki harta merupakan fitrah semulajadi manusia
2. Harta dapat digunakan untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga
3. Harta yang dimiliki dapat digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan
seperti membantu golongan yang fakir dan miskin
4. Harta dapat mengurangkan kadar kemiskinan umat Islam
5. Harta dapat digunakan untuk menunaikan ibadat kepada Allah SWT seperti menunaikan
haji dan zakat.
• Harta yang diperoleh melalui
•
•
•
•
perniagaan yang dibenarkan
oleh syarak dan undangundang negara dan tidak
mengandungi
unsur-unsur
penipuan,
perjudian,
penganiayaan dan rasuah.
Harta yang diperolehi daripada
hasil pertanian, penternakan,
dan perikanan yang dihalalkan
Harta yang diperolehi melalui
hasil pertukangan dan seni
yang tidak bercanggah dengan
ajaran Islam.
Harta yang diperolehi melalui
pekerjaan yang halal samada
dalam sektor swasta atau
kerajaan,
seperti
menjadi
doktor, guru, peguam, buruh
kasar dan sebagainya.
Harta yang diperolehi melalui
perkhidmatan yang diakui oleh
syarak seperti perkhidmatan
kaunseling, runding cara dan
sebagainya.
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
• Harta
•
•
•
•
yang diperoleh melalui
perniagaan yang mengandungi
unsur-unsur penipuan, perjudian,
penganiayaan
dan
rasuah,
monopoli dan sebagainya
Harta yang diperolehi secara zalim
dan kekerasan, seperti merompak,
mencuri, meragut dan sebagainya
Harta yang diperolehi melalui
penindasan keatas orang lain,
seperti melalui riba, pecah amanah
dan sebagainya.
Harta yang diperolehi melalui hasil
barangan atau perkhidmatan yang
haram, seperti menjual arak,
dadah, khinzir, menjual patung dan
sebagainya
Harta yang diperolehi melalui
perkhidmatan yang tidak diakui
oleh syarak seperti menilik nasib,
bekerja ditempat-tempat hiburan
yang melalaikan seperti disko dan
pengurusan riba seperti ceti haram
dan sebagainya.
16