Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Setiap pasangan mestilah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan ikhlas
Mewujudkan hubungan silaturahim dikalangan anggota keluarga setiap pasangan
Sentiasa tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sam a lain
Sentiasa menjauhi perkara mungkar dalam rumahtangga
Sentiasa menjaga amanah dalam kehidupan berumahtangga
Setiap pasangan mestilah sedia bermaaf-maafan dan tidak membesarkan isu yang
remeh temeh
7. Segera menyelesaikan setiap masalah yang timbul dan merujuk kepada mereka yang
pakar jika timbul sebarang masalah
8. Saling memenuhi keperluan pasangan masing-masing
9. Sentiasa berusaha untuk mengukuhkan ekonomi rumahtangga
Jika sesuatu masalah dalam rumahtangga tidak dapat diselesaikan dan boleh menimbulkan
masalah dan keburukan yang lebih besar kepada pasangan tersebut, Islam membenarkan
pembubaran perkahwinan melalui tiga cara sebagai jalan terakhir.
Khuluk
Talak
Iaitu pembubaran ikatan perkahwinan yang
sah dengan lafaz talak atau yang sama erti
dengannya
Perceraian yang berlaku atas
kemahuan isteri dengan
membayar ganti rugi kepada
suami
Fasakh
Pembatalan ikatan perkahwinan atau perceraian yang
berlaku melalui keputusan yang ditetapkan oleh pihak
kadi / mahkamah, disebabkan syarat-syarat yang tidak
dipenuhi oleh pasangan terbabit pada masa akad nikah
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
154