TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 151

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 PELAJARAN 6 UNIT 3 MUNAKAHAT Bahasa Berasal daripada bahasa arab iaitu nikah yang bermaksud kumpul atau cantum. Istilah Syarak Dari segi istilah syarak perkahwinan bermaksud ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup sebagai suami isteri secara halal Falsafah Perkahwinan Bermaksud ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga keturunan secara sah dan bertanggungjawab Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah ar-Rum, 30 : 21) • Dapat memelihara keturunan dan nasab manusia • Dapat mengelakkan pergaduhan dalam pembahagian harta pusaka • Anak-anak yang lahir akan mendapat pembelaan yang sewajarnya Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 150