Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
PELAJARAN 6 : FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM
Unit 1 : Pengertian Ibadat
KERTAS 1
BAHAGIAN A : Soalan Objektif
Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling
tepat.
1
Berikut adalah tujuan Allah s.w.t mencipta manusia di muka bumi ini.
A
Bersyukur kepada Allah s.w.t
B
Beribadat kepada Allah s.w.t
C
Menjadi khalifah di muka bumi
D
Sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan
2
Berikut adalah bukan amalan yang termasuk dalam ibadat khusus
A
Bersedekah
B
Menuntut ilmu
C
Berzikir dan berdoa
D
Membaca al-Quran
3
Kualiti beribadat boleh ditingkatkan melalui cara berikut kecuali
A
Beribadat mengikut kesesuaian masa dan keadaan
B
Mengingati Allah s.w.t semasa melakukan pekerjaan
C
Ibadat yang dilakukan mestilah dengan tenang dan sabar
D
Mendampingi orang-orang yang berilmu dan soleh serta mendalami ilmu
mereka
4
Sistem perundangan amat perlu dalam sesebuah masyarakat kerana
A
Dapat menjamin keutuhan ekonomi negara
B
Dapat merapatkan hubungan antara manusia
C
Dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup manusia
D
Dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t
5
Ibadat menurut Islam ialah
A
Perkataan atau perbuatan yang dilakukan mengikut keupayaan diri
B
Perkataan atau perbuatan yang dilakukan mengikut peraturan yang baik
C
Pengabdian atau pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk dilihat
mulia oleh manusia
D
Pengabdian atau pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk
mencapai keredhaan Allah s.w.t
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
137