TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 135

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 1. 2. 3. 4. 5. Kepatuhan kepada undang-undang menunjukkan pengabdian seseorang kepada Allah SWT. Mendisiplinkan diri ke arah yang lebih baik dan cemerlang kerana akal dan jiwa manusia tidak mengcukupi untuk mengawal akhlak dan tingkah laku mereka. Sebagai panduan kepada manusia untuk memilih antara kebaikan dengan keburukan kerana semua perkara yang dikira sebagai ibadat adalah perkara yang boleh membawa kebaikan manakala perkara yang dilarang pula akan membawa keburukan kepada manusia. Dorongan kepada manusia melakukan ibadat. Contohnya hukum wajib akan disertai dengan ganjaran pahala manakala hukum haram pula akan disertai dengan balasan dosa, oleh itu penetapan hukum tersebut akan mendorong manusia melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Perundangan hukum wajib, haram, makruh, sunat dan sebagainya memudahkan manusia pelaksanaan ibadat kepada Allah SWT, kerana semua hukum wajib itu mesti dilaksanakan manakala semua hukum haram pula wajib ditinggalkan. 1. Menetapkan sesuatu perbuatan tersebut sebagai wajib. Seperti kewajipan bersuci 2. Perundangan menetapkan sesuatu perkara tersebut sebagai perkara yang sangatsangat digalakkan kepada manusia untuk melakukannya. Seperti berbuat baik kepada orang tua 3. Perundangan menjelaskan dengan terperinci tentang sesuatu perkara tersebut. Contohnya mengenai aurat lelaki Hikmat sentiasa melakukan ibadat: 1. 2. 3. 4. Dapat membaiki peribadi manusia dan menjauhi daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Dapat membersihkan jiwa dari sifat-sifat mazmumah. Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Dapat merapatkan hubungan dengan sesama manusia. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 134