Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
PELAJARAN 6 : FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM
UNIT 1:
1: PENGERTIAN IBADAT
Bahasa
Istilah
Syarak
Ibadat dari segi bahasa bermaksud merendah diri, tunduk, taat dan patuh.
Dari segi istilah syarak pula ibadat bermaksud kepatuhan kepada Allah
SWTmelalui perbuatan dan perkataan yang berlandaskan syariat Allah SWT
serta mengakui dan meyakini bahawa Allah SWT sahajalah yang layak
menjadi tumpuan segala ketaatan.
Ibadat Khusus
Semua amalan khusus yang
disyariatkan oleh Allah kepada
manusia, samada fardu atau sunat
seperti solat, puasa, zakat dan
sebagainya
Katogeri Ibadat Khusus
Ibadat yang merupakan
kewajipan setiap muslim
Ibadat yang merupakan amalan
sunat kepada muslim
Katogeri Ibadat Umum
Fardu Ain
Fardu Kifayah
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
Ibadat Umum
Segala amalan kebaikan yang disyariatkan
oleh Allah SWT bagi menghubungkan
sesama manusia dalam masyarakat demi
keharmonian hidup bersama. Amalan
tersebut samada fardu ain atau kifayah
seperti tolong menolong, bekerjasama dan
sebagainya
Contoh Ibadat Khusus
Solat, Puasa, zakat, menunaikan haji
dan sebagainya ( Rukun Islam )
Membaca al-quran, berzikir, berdoa dan
sebagainya
Contoh Ibadat Umum
Menuntut Ilmu, bekerja dan sebagainya
( Ibadat yang menghubungkan sesama manusia )
Melakukan penyelidikan, mengerakkan ekonomi
negara, berniaga dan sebagainya ( Ibadat yang
menghubungkan sesama manusia )
132