Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
Larangan Allah yang mesti ditinggalkan. Jika perbuatan
haram itu ditinggalkan, mereka akan mendapat ganjaran
pahala dan syurga di akhirat kelak, tetapi jika perbuatan
tersebut dilakukan mereka akan mendapat balasan dosa
dan azab neraka di akhirat kelak
Pengertian Hukum
Haram
Hikmat Penetapan Hukum
Haram
Implikasi pelanggaran
hukum Haram
Contoh Hukum
Haram
•
•
•
•
Berzina
Mencuri
Membunuh
Minum arak
Menghisap dadah dan sebagainya
Untuk memastikan kepentingan diri manusia terpelihara.
Contohnya pengharaman zina kerana perbuatan tersebut boleh
merosakkan keturunan manusia
Untuk memastikan kehidupan manusia lebih aman dan
sejahtera
Untuk memastikan manusia tidak melakukan kerosakkan dan
penindasan
Untuk memastikan manusia sentiasa berdisiplin dan menjauhi
perkara-perkara yang merosakan
Akan menyebabkan manusia sentiasa berkeinginan untuk
melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT
Manusia akan menjadi tidak tenang dan sering menghadapi
masalah dalam kehidupan
Akan menyebabkan hilangnya perasaan belas kasihan
dalam diri manusia
Akan menyebabkan wujudnya perasaan sombong dan
bangga diri
Menyebabkan hilangnya rahmat dan petunjuk daripada Allah
SWT
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
121