TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 110

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Memelihara Agama Maksud Memelihara kesucian akidah daripada perbuatan syirik, riddah, khurafat dan sebagainya. Cara Islam Memelihara Agama • • • • • Mewajibkan umat Islam mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya Mewajibkan umat Islam supaya sentiasa berakhlak mulia Mengambil tindakan yang tegas keatas mereka yang menyelewengkan ajaran Islam Menyuburkan pelbagai disiplin ilmu supaya kefahaman mengenai Islam meningkat dalam masyarakat. Mensyariatkan hukuman bunuh keatas orang yang murtad ( keluar daripada agama Islam ) Memelihara Nyawa Maksud Menjaga nyawa manusia daripadadi cerobohi ( dibunuh/ dicederakan ) dan memastikan tiada unsur-unsur yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain Cara Islam Memelihara Nyawa 1. Mewajibkan umat Islam menjaga kebersihan dan keselamatan diri sendiri dan orang lain seperti memakan makanan yang berzat, bersih dan halal 2. Islam mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri atau orang lain 3. Islam mewajibkan umatnya menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaaan seperti memandu secara berbahaya dan terlibat dengan perlumbaan haram. 4. Mensyariatkan hukuman Qisas keatas pembunuh Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 109