TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 104

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 6 Suatu usaha yang dilakukan secara bersunguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis Pernyataan di atas merujuk kepada A Qadha B Fatwa C Ijtihad D Fikah 7 Antara berikut ialah matlamat Qadha kecuali A Menyelesaikan pertelingkahan antara kedua-dua belah pihak yang bertelagah B Memastikan hukuman yang dijatuhkan setimpal dan adil kepada semua pihak C Mengelakkan berlaku huru-hara di luar mahkamah selepas sesuatu perbicaraan D Memastikan pihak yang bertelagah menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah 8 Yang manakah tidak benar mengenai kebaikan qadha A Keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan kenyataan saksi B Keputusan yang dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan adil C Hukuman yang dijatuhkan bersumberkan dalil-dalil dan hujah yang benar D Hukuman diputuskan oleh orang yang adil dan berkelayakan dalam bidang tersebut 9 Berikut merupakan kebaikan fikah kecuali A Membolehkan umat Islam melaksanakan ibadat tanpa keraguan B Menggalakkan umat Islam agar sentiasa beribadat kepada Allah s.w.t C Menentukan hukum Islam sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia D Menjadikan hukum Islam berkembang serta bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan 10 Yang manakah bukan matlamat ijtihad A Memastikan hukum-hukum Islam sentiasa berkembang B Keputusan yang dikeluarkan menepati kehendak syarak C Memastikan para ulamak sentiasa mencari hukum yang baru D Memastikan setiap keputusan yang dilakukan boleh diterima dan sesuai dengan keadaan 11 Berikut adalah kebaikan fatwa kecuali A Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu B Menjadikan umat Islam patuh kepada ajaran agama C Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan harmoni D Melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikir dalam mencari kebenaran 12 Fatwa manakah yang telah diputuskan oleh Majlis fatwa Kebangsaan? i Hukum haram pengklonan manusia ii Hukum wajib menutup aurat iii Hukum wajib sembahyang Jumaat iv Hukum harus menderma organ badan manusia A i dan ii B ii dan iii C iii dan iv D i dan iv Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 103