Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil. 2 Feb. 2014) | Página 5
Sinar Ilmu Suluh Bahasa . Bilangan 2 Februari 2014
Kesusasteraan dan Masyarakat
Oleh Mohd Shafiee Hassan
Menurut De Bonald, kesusasteraan ialah ekspresi
masyarakat. Sementara Rene Wellek menyebut
sastera itu dapat memperlihatkan world view
sesuatu masyarakat dan sastera mewakili
kehidupan, iaitu suatu realiti sosial. W.S.Hudson
turut menjelaskan hubungan sastera dengan
masyarakat dengan mengatakan bahawa sastera
tidak akan menjadi agung dan bermutu tinggi
kiranya tidak dijelajahi alam kehidupan manusia
sedalam-dalamnya. Keadaan ini dikuatkan lagi
dengan slogan yang dikemukakan oleh ASAS 50,
‘Seni untuk Masyarakat’.
Kesusasteraan tidak dapat dipisahkan daripada
masyarakat. Biar bagaimana sekalipun penerimaan
masyarakat terhadap sesuatu karya itu sama ada pro
atau kontra, sejarah yang telah dimanifestasikan itu
tidak mungkin berpatah balik.
Realiti
kehidupan
masyarakat
ini
telah
diterjemahkan dalam karya-karya oleh seseorang
penulis sama ada dalam bentuk prosa ataupun puisi.
Hal ini dapat dilihat dalam beberapa karya dan salah
satunya ialah karya Shahnon Ahmad, ‘Ranjau
Sepanjang Jalan’. Dalam karya ini penulis
menggambarkan realiti kehidupan masyarakat
setempatnya di Banggol Derdap.
Penulis
menggambarkan kehidupan masyarakat tani di
Banggol Derdap dengan sejelas-jelasnya secara
lahiriah dan batiniah:
Begitu juga dengan puisi ‘Dialog’ yang dihasilkan oleh
Kassim Ahmad berkait rapat dengan kehidupan
masyarakat tani ketika itu.
tidurlah ibu
kita manusia kerdil
siang membanting tulang
malam menanggung bimbang
ada esok maka pasti ada suria
aku akan pergi
dengan seribu Jebat si anak tani
kian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam derhaka
Gambaran peristiwa atau latar belakang masyarakat
dapat dijadikan bahan bagi seseorang penulis.
Hubungan antara latar belakang masyarakat, penulis
serta kandungan sesuatu karya itu saling
berhubungan antara satu dengan yang lain.
Banyak karya besar yang dihasilkan merupakan
cerminan kehidupan masyarakat. Antaranya Salina
karya A. Samad Said, Keluarga Gerilya (Pramoedya),
Siti Nurbaya (Marah Rusli) dan banyak lagi karya yang
memperlihatkan kebobrokan hidup masyarakat.
Garapan kehidupan ini telah menghidupkan suasana
dan mood pembaca bagi merasai dan menjiwai
kehidupan tersebut.
Karya yang mengekspresikan realiti kehidupan
masyarakat itu sebenarnya hidup dan sentiasa
menjadi bualan masyarakat. Sesungguhnya gambaran
itu bukan suatu fatamorgana sebaliknya ia wujud
secara nyata dan jelas.
Aku dilahirkan serta dibesarkan di
sebuah kampung kecil bernama
Banggol Derdap. Selama tiga puluh
enam tahun kebelakangan ini aku
tidur dan makan minum bersamasama dengan orang Melayuku
yang buta huruf dan mundur itu...
mereka terbiar di tengah-tengah
penyakit yang bermahajalela....
www.lmsipda.net/buletinjpm